SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI

SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI ...

Tuesday, February 15, 2011

UDANG SALUT TEPUNG

Aha ... ini satu lagi resepi yang saya kumpul ketika menjadi perantau di bumi Limbang, Sarawak. Resepi ini saya peroleh daripada Kak Maznah yang merupakan jiran depan rumah sewa saya di sana. Beliau selalu memasaknya ketika hari raya, bersama dengan daging masak hitam, masak lemak limbang, dan nasi minyak yang enak ... selalunya, saya tolong beliau menggoreng udang ni di dapurnya ...
Resepinya;
-2 sudu makan tepung gandum
-2 sudu makan tepung ubi
-1 sudu kecil baking powder
-1 biji telur
-3 sudu makan minyak masak
-garam secukup rasa
-sedikit lada sulah

(gaul semua bahan di atas sehingga sebati)

-Sediakan udang secukupnya
(Pastikan udang telah dibuang kulit dari bahagian tengah hingga kepala,
kulit di bahagian ekor jangan dibuang)
-Panaskan minyak untuk menggoreng
-Celup bahagian kepala udang ke dalam tepung, kemudian goreng
(udang hendaklah dicelup sedikit demi sedikit supaya tidak melekat)
Haa ... dah siap pun ... mudah saja ...

 

No comments:

Post a Comment