Rasa kurang lebih cam baulu kukus, sedap dijamah tatkala minum petang, sejenis hidangan yang santai, mari cuba ...
Resepinya;
-1 1/2 cawan gula
-3 biji telur (gred A)
-1 sudu kecil esen vanilla
(Pukul semua bahan di atas sampai kembang)
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan tepung naik sendiri
(Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur di atas)
-1 sudu makan ovallette
-2 sudu makan minyak
(Masukkan dalam adunan di atas)
Putar sebati semua bahan yang telah dicampur
Bahagikan adunan kepada dua bahagian
Warnakan satu bahagian dengan warna yang disukai (saya suka pink)
Tuang adunan selang seli dalam loyang
Kukus lebih kurang 20 minit.
No comments:
Post a Comment