Resepi doh;
-500g tepung roti (high protein)
-70g butter
-1 biji telur
-4 sudu makan susu tepung
-80g gula
-1/2 sudu kecil garam halus
-200ml air
-11g yis kering - mauripan (1 packet)
(Uli semua bahan di atas sehingga menjadi doh yg lembut,
biasanya saya uli guna mixer)
Bahagikan doh kepada 4 bahagian sama saiz
Biarkan lebih kurang 30 - 40 minit utk doh mengembang
Topping:
-Isi ayam secukupnya
-2 biji cili capsicum hijau
-sedikit lada hitam
-bawang putih dan merah utk menumis
-garam secukup rasa
(Tumis bahan di atas sehingga masak)
-Canai doh, masukkan dalam loyang / dulang pembakar
-Cucuk doh dengan garfu
-Ratakan tomato puree di atas doh
-Taburkan inti ayam
-Taburkan keju secukupnya
Masukkan dalam oven, bakar api atas bawah 180 C, lebih kurang 20 minit.
Dah siap ... jom makan!
No comments:
Post a Comment