SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI

SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI ...

Saturday, June 9, 2012

LAKSA

LAKSA

Yang ni saya buat semalam, tapi x sempat nak masukkan kat sini. Tak pe, hari ni ada banyak 
masa  lebih, so layan je la ... esok-esok bila sekolah dah buka tak tau lah pulak
bila masanya nak meng'update' blog masak2 ni ...


Bahan-bahannya:

-5 ekor ikan kembung (rebus dgn sedikit garam dan asam keping)
-1 bungkus laksa (direndam kemudian direbus)
-1 senduk cili kering yg dikisar (ikut pedas)
-belacan
-2 biji bawang besar
-garam secukup rasa
-3 kuntum bunga kantan
-daun kesum secukupnya

Bahan hiasan:

-Telur rebus
-Timun, cili merah / cili api, bawang besar, daum selum

Cara-caranya:

-Keluarkan tulang ikan yg telah direbus tadi
-Kisar isi ikan dengan belacan dan bawang besar
-Masukkan dalam periuk
-Tapiskan cili kisar dan masukkan dlm periuk yg sama
-Masukkan air rebusan ikan
-Masukkan asam keping, garam dan perasa secukupnya
-Kisar tulang ikan dan tapiskan airnya ke dalam kuah laksa
-Masukkan air secukupnya
-Masak dengan api perlahan
-Jangan lupa masukkan bunga kantan dan daun kesum
(lebih lama dimasak lebih sedap rasanya)

Hidangkan laksa dengan hiasan yang disukai
Sedia untuk dimakan, jom!



CHEESE CAKE V2

CHEESE CAKE V2

Hmm ... anak tekak petang ni rasa nak makan yg sejuk, moist, 'melekat' dan ... jom layan cheese cake version 2 saya ni ...



Bahan-bahannya:

-250g cream cheese
-1 cup yoghurt (plain) = 140g
-1 cawan gula kastor
-3 biji telur
-3 sudu makan tepung gandum
-esen vanilla
-1 cawan biskut merie yg dikisar halus (biskut oreo pun OK)
-70g mentega

Cara-caranya:

-Cairkan mentega
-Tuangkan mentega yg telah dicairkan ke dalam serbuk biskut merie
-Sebatikan, masukkan dalam loyang yg telah digris
-Padat-padatkan dalam loyang
-Sejukkan dalam peti selama 10 minit

Lebih kurang gini la rupanya ...


-Campurkan cream cheese, yoghurt, dan gula
-Pukul sampai gebu
-Masukkan telur sebiji demi sebiji
-Putar lagi
-Masukkan esen vanila dan tepung gandum
-Pukul hingga sebati

-Keluarkan loyang berisi biskut merie
-Tuangkan adunan cheese ke dalamnya

-Panaskan oven
-Bakar secara 'double-boil' selama 50 min atau sehingga masak

Untuk hiasan:
-Sapukan krim topping (jika suka)
-Jem blueberry (atau lain2 yg disukai)

SELAMAT BERKARYA

Tuesday, June 5, 2012

PIE-T

PIE-T 

Tengah rajin ni kena la update blog. Kalau tidak, bukan main payah lagi nak
buka blog sendiri, setelah hampir 7 bln tak jenguk, macam merajuk la pulak.
Bila dapat bukak, mak ai rupanya dah lain sikit la huhu ...
Tak payah celoteh banyak2, jom tengok gambar dulu!


Haa tu dia, minggu ni minggu makan sayur.

Resepi kulit pie

-2 cwn tepung beras
-2 sudu makan tepung gandum
-1 biji telur
-1 cwn santan

Cara-caranya:

-Pukul telur
-Masukkan santan dan semua tepung
-Sebatikan adunan


Moh koi tunjukkan pulak cara-cara membuat kulit pie tadi ...

Haa ... tengok betul2 ya, gitu la rupa acuan koi.

Panaskan acuan dlm minyak untuk menggoreng.

Pastu, celupkan le acuan ke dalam adunan tepung tadi, gini ...

Goreng dlm minyak panas sampai kulit pie tertanggal dengan sendirinya 
daripada acuan ...

Haa, gini le ghupenye dah siap digoreng.

Sediakan sayur2 intinya,
Koi cuma gunakan:
-sengkuang-karot-timun-taugeh

Koi parut / sagat halus, pastu layukan dlm kuali, campurkan
garam dlm 1 sudu kecil

Macam ni la, bila dah layu sikit, toskan sayur2an, sejukkan,
pastu masukkan dlm kulit pie.

Tuanglah sos yang disukai di atasnya.

Sos 'malas' yg selalu koi buat,

Sos cili
Air panas
Gula secukup rasa
(Kacau sebati sampai gula hancur)

Tak pun bole juga guna kuah rojak yang 'kelmarin' tuuuu ...

Selamat Menjamu Selera


Monday, June 4, 2012

AYAM GORENG BERSALUT

Ayam Goreng Bersalut.

Sempoi je menu ni. Tapi lain orang, mungkin lain caranya.
Meh tengok dulu ...


Resepinya:

-8 - 10 ketul ayam
-1 biji telur
-1 cwn tepung jagung
-1 cwn tepung pulut
-2 sudu serbuk cili (jika suka pedas)
-2 sudu lada putih (tumbuk lumat)
-3 atau 4 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
-garam secukup rasa

Cara-caranya:

-Ayam yg telah dibersihkan, perap dengan bawang putih, sedikit lada sulah,
sedikit serbuk cili, dan garam
(lagi lama perap lagi sedap)

-Campur dan sebatikan tepung pulut, tepung jagung, sedikit serbuk cili,
sedikit lada sulah, dan sedikit garam

-Pukul telur (biasanya saya pukul sampai kembang)
-Masukkan ayam yg telah diperap ke dalam telur
dan sebatikan

-Panaskan minyak untuk menggoreng
-Masukkan ayam ke dalam adunan tepung, golek-golekkan
supaya tepung melekat pada ayam
-Goreng dengan api sederhana sehingga ayam masak

*Gambar kat atas tu saya tak letak serbuk cili sebab anak-anak
kurang suka ...

Silakan ...



Rojak ala Yong Tau Fu

Rojak


Asalnya rojak sotong, tapi saya n encik asben tak suka makan sotong
kembang tu,  saya tukar la menjadi rojak sayur je. Encik asben saya
pulak suka tambah mee, jadila rojak mee.
Apa-apa hal pun kuahnya yang penting.
Jom layannnn ...

Resepinya:

-1 ketul gula melaka
-1 cwn air
(masak kedua-duanya sehingga gula cair
kemudian tapiskan)

-1 botol sos cili (botol biasa ya, jenama apa pun boleh)
-1 tin 'baked beans' (saiz sederhana)
-1/2 cwn air
(kisar lumat)

-2 sudu petis
-kacang tanah tumbuk secukupnya
-bijan yg sudah digoreng tanpa minyak secukupnya

Cara membuatnya:

-Campurkan semua adunan dan masukkan ke dalam periuk
-Masak dan didihkan adunan sampai pekat
-Sedia untuk dihidang
*Biasanya kacang tanah dan bijan tu ditabur atas kuah
*Tapi nak senang, selepas tutup api saya campur kedua-duanya
dan kacau sebati, sama je rasanya hehe

Senang kan, tak payah garam dan asam, rasanya dah cukup best!
Selamat Mencuba!

Bahan sayur: Kangkung, taugeh, sengkuang, timun, fishball,
telur rebus, yg penting cucur udangnya ...

Yang ni pulak rupa kuahnya ...

Terima kasih kepada kak Nor Fadilah Sulaiman yg sudi berkongsi resepi ini
ketika sama-sama merantau di bumi Limbang. Tapi saya ubah suai sikit
sebab resepi asal ada bahan yg susah dicari. Rasanya tak berubah pun hehe ...! 



Monday, November 21, 2011

ROTI AINA

Dek kerana resepi asal diperoleh daripada rakan saya Nurul Aina Zulkifly, 
maka saya namakannya 'Roti Aina' hehe ...
Bahan2nya:

-1/2 kg tepung roti
-1 biji telur
-1 peket yis (mauripan)
-2 sudu susu tepung
-50g planta / butter
-3 sudu gula 
-1 gelas air
Cara2nya:
-Sebatikan mauripan, tepung, telur, gula, susu tepung dan planta
-Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh
-Uli doh selama lebih kurang 1/2 jam
-Rehatkan adunan selama 15 minit
-Uli sekali lagi, kemudian bentukkan bulat2
-Masukkan inti yang disukai (saya masukkan inti yang pelbagai)
-Susun adunan roti dalam loyang yg telah digris
-Rehatkan adunan selama 15 minit lagi

-Selepas 15 minit, bakar adunan menggunakan api atas bawah
lebih kurang 20 minit

*Tips bagi menjadikan permukaan atas roti berkilat:
sapukan susu cair di atas roti sebelum dibakar)

KEK COKLAT

Resepi kek coklat, tp saya jadikan cup cake, sebab anak nak bawa ke sekolah
sempena jamuan akhir tahun kelasnya ...
Bahan2nya:
-3 biji telur
-2 cwn gula kastor
-esen vanila
(Pukul sampai kembang)

-2 1/2 cwn tepung naik sendiri
-1 sudu teh baking powder
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1 cwn serbuk koko / coklat
(ayak semua  bahan)
kemudian masukkan dalam adunan telur, putar hingga sebati

-1 cwn susu cair
(Masukkan dalam adunan di atas, sebatikan)

-1 cwn minyak
(Masukkan dalam adunan di atas, sebatikan)

-1 cwn air panas
(Masukkan dalam adunan di atas, sebatikan)

-Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 175
*Adunan ini juga boleh dikukus, tetapi jika dikukus gantikan tepung naik sendiri
dengan tepung gandum
*Jika dikukus, pastikan api perlahan, jika api kuat, kek akan pecah di atasnya
*Boleh juga dijadikan mufin coklat
*Apabila masak, hiaslah mengikut kreativiti sendiri ya ...