Yang ni menu kesukaan anak2, maklumlah dah jadi orang Temerloh, yg terkenal dgn ikan patinnya. Masaknya senang, yg penting semuanya suka ...
Jom masak!
-1 ekor ikan patin (saiz sederhana)
-10 - 15 biji cili api (ikut suka pedas)
-1 ulas bawang merah
-2 - 3 sudu makan tempoyak
-1 inci kunyit hidup
-2 batang serai (diketuk)
-2 kuntum bunga kantan
-Daun kesum secukupnya
-Garam
-Asam keping (jika tempoyak manis)
Senang je caranya;
-Kisar semua bahan (cili api, bawang, tempoyak, kunyit hidup)
-Masukkan bahan kisar ke dlm periuk
-Masukkan serai, bunga kantan, daun kesum
-Masukkan ikan, dan garam secukupnya
-Tambahkan air secukupnya untuk kuah
-Masak dengan api perlahan
(Jika tempoyak yg digunakan tempoyak masam, tidak perlu letak asam keping)
(Elakkan mengacau masakan dgn kerap, kerana isi ikan patin amat lembut)