Terkenang air tangan bonda ... yang telah kembali ke alam yang kekal abadi, sepuluh tahun telah berlalu. Hanya seorang sahaja anak saya yang sempat bertemu arwah atuknya, iaitu anak sulung saya, yang semasa bayinya dijaga dengan penuh kasih sayang oleh arwah. Proses berpantang selama 44 hari dijaga dengan rapi oleh arwah emak. Syukurlah, walaupun umur arwah tidak panjang, sekurang-kurangnya saya sempat berpantang dengannya. Paling tidak dilupakan ialah masakannya, walaupun dengan menu utk berpantang, sedapnyaaa hingga menjilat jari. Jom cuba resepi mudah ni ...
Resepinya;
-1/2 ekor ayam (potong dua)
-Dua sudu lada hitam (ditumbuk atau dikisar)
-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
-2 inci halia (ditumbuk)
-4 sudu besar gula
-garam secukup rasa
Cara-caranya:
-Gaul semua bahan dengan ayam, perap lebih kurang satu jam
(perap lebih lama lebih sedap)
-Masukkan dalam periuk / kuali non stick
-Tutup periuk, masak dengan api perlahan sehingga ayam betul-betul masak
dan kelihatan garing
sedia untuk dimakan dengan nasi panas
No comments:
Post a Comment