SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI

SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI ...

Monday, November 21, 2011

ABOK-ABOK SAGU

Kenapa ya namanya abok-abok? Cer tengok rupanya ... cer tengok!


Bahan2nya:

-2 cwn sagu (dibasuh dan direndam 2 - 3 jam)
-1 cwn kelapa parut (yg putih sahaja)
-1 sudu teh garam halus
-gula kabung / gula melaka secukupnya
-daun pisang utk membungkusnya

Cara2nya:
-Toskan sagu yg telah direndam
-Campurkan kelapa parut dan garam, gaul sebati
-Seterusnya, ambil daun pisang kmdn bungkus adunan sagu di atas
-Kukus lebih kurang 15 - 20 minit
Langkah pertama bentukkan daun pisang begini.
Seterusnya,
Masukkan sesudu campuran sagu tadi,
kemudian taburkan gula kabung di atasnya
(kali ni saya gunakan gula kabung dari Raub, memang sedap!)
Masukkan 2 sudu campuran sagu bagi menutupi gula tadi
Lipat daun pisang utk menutupi sagu
dan sematkan dengan lidi
Gunting bahagian yg berlebihan supaya bentuknya kelihatan kemas.
Dan inilah hasilnya yang sudah siap dikukus ...

No comments:

Post a Comment