Assalamualaikum ... lama dah berkesempatan meng'update' blog resepi saya ni. Maklumlah, peperiksaan demi peperiksaan, program2 pecutan di sekolah yg sememangnya menuntut masa yg lebih banyak ... disebabkan ada yg bertanyakan resepi, maka saya mencuri ruang dan masa utk 'melayan' blog saya pagi ni ...
Bahan-bahannya:
-250g butter (1 ketul)
-150g gula kastor
-5 sudu makan susu pekat manis
-1 sudu teh esen vanila
-4 biji telur
-225g tepung gandum / tepung kek
-5 sudu makan horlicks
-1 sudu makan ovallette
-1/2 sudu teh baking powder
-asam manis (Haw Flakes) secukupnya
-pewarna yang disukai
Cara membuatnya:
-Satukan butter, gula, susu dan esen vanila, pukul sampai kembang
-Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar lagi
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit
-Masukkan horlicks, ovallette dan baking powder
-Sebatikan adunan, pastikan tiada berketul
-Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian, campurkan pewarna yang disukai
Cara mengukus kek:
-Panaskan kukusan terlebih dahulu
-Griskan loyang, alas dengan kertas serap minyak
-Tuang 4 sudu adunan kek ke dalam loyang dan ratakan
-Susun asam manis di atas permukaan adunan yang diratakan
(jika susunan rapat lebih enak dan canti)
-Masukkan loyang dalam kukusan (pastikan kukusan benar2 panas)
-Kukus lebih kurang 7 - 10 minit, keluarkan loyang
-Tuang 4 sudu adunan kek (warna lain) dan ratakan
-Ulang langkah yang sama berselang-seli warna sehingga
semua adunan kek habis
-Bagi lapisan terakhir, kukus kek anda selama 20 minit agar semua bahagian
kek masak sekata.
-Setelah selesai, sejukkan kek, dan bolehlah keluarkan daripada loyang.
Jom tengok gambar ...
Yang ni semasa proses meratakan adunan dalam loyang
Yang ni dah siap kukus, baru keluarkan dari loyang
Setelah dipotong ... nyum nyum nyum ...
No comments:
Post a Comment