SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI

SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI ...

Saturday, September 10, 2011

SOTO RAYA

Layan gambar dulu ya ...
Kuah soto (sup)
 Bergedil, taugeh, limau nipis, kacang tanah goreng, ayam carik, nasi himpit, 
dan yg di tengah2 tu sambal kicap, tiada dlm gambar (suun goreng)
Jom layan resepi kuah soto;
-1/2 ekor ayam (rebus sampai jd stok ayam)
Utk mendapatkan stok yg terbaik, rebus dgn api perlahan
-Bahan tumisan: Bawang merah, bwg putih, halia - ditumbuk kasar2,
tumis sehingga kekuningan
-7 biji buah keras - ditumbuk kasar
-1 sudu lada hitam, ditumbuk halus
-2 sudu lada sulah, ditumbuk halus
(Masukkan ketiga-tiga bahan di atas dalam tumisan, kacau sebati)
-Masukkan 2 batang serai dititik
-Masukkan stok ayam, tambah air secukupnya
-Masukkan 2 helai daun limau purut
-Garam dan asam secukup rasa
-Setelah masak, taburkan bawang goreng, daun sup, daun bawang

Resepi bergedil:
-4 biji kentang dibersihkan kemudian direbus dengan kulit2nya sekali
-2 ketul isi ayam (direbus), kemudian ditumbuk
-1 sudu lada hitam, tumbuk halus
-2 sudu bawang goreng
-daun sup dan daun bawang secukupnya
-2 sudu serbuk roti
-garam secukup rasa
-Telur untuk menggoreng

-Kentang yg sudah empuk, dibuang kulitnya, kemudian dilenyek
-Masukkan semua bahan di atas, sebatikan
-Bulatkan adunan kecil2 mengikut saiz yg dikehendaki
-Celup dalam bancuhan telur, kemudian goreng sehingga kekuningan

Selamat Menjamu Selera




KEK LAPIS CAPPUCHINO

Silakan, jemput makan ...
 Bahan-bahannya:
-250g butter 
-5 sudu makan susu pekat manis
-100g gula kastor
-1 sudu besar ovallette
-5 sudu besar horlicks
-7 biji telur
130g tepung hong kong
-2 sudu mentega kacang
-2 sudu teh pes cappuchino
-2 sudu teh pewarna coklat

Cara membuatnya:
-Putar butter, gula, dan susu sampai kembang
-Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar lagi
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit, putar
-Masukkan ovallette, putar
-Masukkan horlicks, putar
-Masukkan mentega kacang, putar semuanya sehingga sebati
-Bahagikan adunan kepada dua bahagian
-Ambil satu bahagian, masukkan pes cappuchino dan warnakan coklat
-Satu bahagian lagi biarkan warna asal kek

-Panaskan ketuhar, api atas sahaja
-Griskan loyang, alas kertas serap minyak
-Tuang 4 sudu adunal warna asal dan ratakan
-Bakar sehingga keperangan, keluarkan dan cucuk dengan garfu perlahan2
-Tekan permukaan kek dengan alat penekan
-Ulangi langkah di atas sehingga semua adunan habis dan berselang-seli
mengikut kreativiti sendiri
-Setelah semua lapisan siap, tutup bahagian atas kek dengan kertas aluminium
-Bakar sekali lagi menggunakan api atas dan bawah
(lebih kurang 15 - 20 minit)
 

KEK GULUNG DAM

"Pertama kali berhari raya di bumi Limbang, Sarawak, pada tahun 1999. Ketika itu, saya baru sahaja dua minggu menjadi warga Limbang dan menyewa di RPR Batu Biah. Pengalaman berhari raya di rantau orang memang tidak dapat dilupakan. Bersama suami tercinta, pada malam hari raya kami meronda seluruh bandar dan perkampungan di sekitar bandar untuk menyaksikan kemeriahan malam raya di samping melupakan kesedihan yang menggigit tangkai hati ... Memang meriah rupanya, seronok sangat menyaksikan keindahan rumah2 yang dihiasi lampu cucul (siap ada pertandingan bercucul lagi) 'cucul' tu pelita kot! Ada yang membuat replika kapal terbang yang dihiasai cucul yang memang cantikkkk sangat! Ketika siangnya, berhari raya ke rumah jiran dan kenalan, sekali lagi saya berasa amat teruja apabila melihat kek lapisnya yang beraneka rupa, sehingga ada yang mampu membuat Jalur Gemilang dalam kek gulungnya ... Tatkala itulah saya bertekad dalam hati, perjalanan saya di Limbang ini amatlah sia-sia jika saya tidak menguasai kemahiran 'seni' yang istimewa ini ...
                                                                                                                              -Catatan Anak Rantau

Jamu gambar dulu ...
 Ni la rupanya kek gulung dam ... Ni pun kira belum mahir sangat ni hehe ...

Bahan inti (dam):
-250g butter, 5 sudu makan susu pekat manis, 120g gula kastor
*Satukan bahan di atas, putar sampai kembang
-5 biji telur
*Masukkan telur sebiji demi sebiji - putar lagi
-150g tepung hong kong
-5 sudu makan horlicks
*Masukkan dalam adunan di atas dan putar sehingga sebati
-Masukkan 1 sudu makan ovallette
-Masukkan 100g jem buah2an (saya suka jem strawberi)
-Sebatikan adunan, bahagikan dua bahagian, warnakan merah dan hijau

Cara membakar:
-Panaskan ketuhar (gunakan api atas sahaja - suhu 175)
-Griskan loyang, alas kertas serap minyak (gunakan 2 loyang sama saiz)
-Sendukkan 4 sudu adunan dan ratakan dalam loyang
-Bakar sehingga bahagian atas kek berwarna keperangan 
(Jika ada gelembung ketika proses membakar, cucuk gelembung tersebut)
-Keluarkan loyang, kemudian cucuk permukaan kek dengan garfu perlahan-lahan
macam ni ...
-Selepas proses mencucuk. tekan permukaan kek perlahan-lahan
menggunakan alat penekan, macam ni ...
-Ulangi langkah di atas sehingga semua adunan habis. 
-Pastikan satu loyang untuk satu warna sahaja.
-Setelah siap proses membakar, sejukkan kek, keluarkan dari loyang.
-Potong kek secara memanjang dengan ukuran 3/4 inci.
-Sapu jem/kaya pada bahagian yang dipotong, kemudian lekatkan dengan
potongan yang lain sehingga menjadi seperti corak dam.
Macam ni la rupanya. Biasanya bahagian inti saya buat sehari lebih awal, simpan 
dalam peti sejuk supaya 'dam' betul2 melekat.


Bahan kek gulung:
-6 biji telur
-120g gula kastor
(putar sehingga kembang)
-Masukkan 140g tepung gandum yg sudah diayak
-Masukkan 2 sudu makan susu tepung
-Putar semuanya sehingga sebati
-Masukkan satu sudu makan ovallette
-Masukkan 120ml minyak jagung
-Masukkan esen vanila
-Putar lagi semuanya sehingga sekata


Ambil dua tiga sudu adunan kek, kemudian warnakan dengan warna yang disukai


-Panaskan ketuhar, griskan loyang, alas kertas serap minyak
-Senduk 4 sudu adunan asal dan ratakan dalam loyang
-Ambil sedikit adunan yang telah diwarnakan, kemudian tompokkan di atas
adunan asal mengikut kreativiti sendiri
-Bakar sehingga keperangan (10 - 15 minit)


-Setelah masak, terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
-Apabila kek sejuk, sapukan jem, letak bahagian inti, kemudian gulung kek
-Inilah hasilnya ...
*sebaik-baiknya proses menggulung dilakukan ketika kek masih suam-suam kuku ...

Friday, September 9, 2011

KEK LAPIS BUAH (KUKUS)

Yang ni satu lagi hidangan kek raya saya, kek lapis buah versi kukus.
Jom tengok gambar dulu ...

Bahan-bahannya:
-250g butter (1 ketul)
-5 sudu makan susu pekat manis
-130g gula kastor
-1 sudu teh esen vanila
-5 biji telur
-150g tepung gandum
-5 sudu makan serbuk horlicks
-1/2 sudu teh baking powder
-1 sudu makan ovallette
-100g buah-buahan campuran
-pes oren

Cara membuatnya:

-Satukan butter, gula, susu dan esen, putar sampai kembang
-Masukkan telur sebiji demi sebiji - putar lagi
-Masukan tepung sedikit demi sedikit
-Masukkan horlicks, ovallette, baking powder
-Putar semua campuran sehingga sebati
-Bahagikan kepada dua bahagian dan warnakan
-Ambil satu bahagian, campurkan dengan satu sudu makan pes oren,
dan campurkan dengan buah-buahan kering, sebatikan

Cara mengukusnya:
-Panaskan kukusan, griskan loyang, lapik loyang dgn kertas serap minyak
-Tuang 4 sudu adunan kek dan ratakan
-Kukus selama 7 - 10 minit
-Tuang 4 sudu adunan yang mengandungi buah2an campuran dan ratakan
-Kukus dan ulang langkah yang sama berselang-seli
sehingga adunan kek habis
-Bagi lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
-Setelah masak, sejukkan kek dan keluarkan daripada loyang

*Kek akan tahan lebih lama jika disimpan dalam peti sejuk
*Jika ada penyakit 'M', adunan kek ini boleh dijadikan kek marble buah2an kukus,
rasa tak berubah, cuma corak sahaja yang berbeza ...
'SELAMAT MENCUBA'

KEK LAPIS ASAM MANIS (KUKUS)

Assalamualaikum ... lama dah berkesempatan meng'update' blog resepi saya ni. Maklumlah, peperiksaan demi peperiksaan, program2 pecutan di sekolah yg sememangnya menuntut masa yg lebih banyak ... disebabkan ada yg bertanyakan resepi, maka saya mencuri ruang dan masa utk 'melayan' blog saya pagi ni ...

Bahan-bahannya:
-250g butter (1 ketul)
-150g gula kastor
-5 sudu makan susu pekat manis
-1 sudu teh esen vanila
-4 biji telur
-225g tepung gandum / tepung kek
-5 sudu makan horlicks
-1 sudu makan ovallette
-1/2 sudu teh baking powder
-asam manis (Haw Flakes) secukupnya
-pewarna yang disukai

Cara membuatnya:
-Satukan butter, gula, susu dan esen vanila, pukul sampai kembang
-Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar lagi
-Masukkan tepung sedikit demi sedikit
-Masukkan horlicks, ovallette dan baking powder
-Sebatikan adunan, pastikan tiada berketul
-Bahagikan adunan kek kepada dua bahagian, campurkan pewarna yang disukai
Cara mengukus kek:
-Panaskan kukusan terlebih dahulu
-Griskan loyang, alas dengan kertas serap minyak
-Tuang 4 sudu adunan kek ke dalam loyang dan ratakan
-Susun asam manis di atas permukaan adunan yang diratakan
(jika susunan rapat lebih enak dan canti)
-Masukkan loyang dalam kukusan (pastikan kukusan benar2 panas)
-Kukus lebih kurang 7 - 10 minit, keluarkan loyang
-Tuang 4 sudu adunan kek (warna lain) dan ratakan
-Ulang langkah yang sama berselang-seli warna sehingga
semua adunan kek habis
-Bagi lapisan terakhir, kukus kek anda selama 20 minit agar semua bahagian
kek masak sekata.
-Setelah selesai, sejukkan kek, dan bolehlah keluarkan daripada loyang.
Jom tengok gambar ...

Yang ni semasa proses meratakan adunan dalam loyang
Yang ni dah siap kukus, baru keluarkan dari loyang


Setelah dipotong ... nyum nyum nyum ...