SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI

SELAMAT DATANG KE DAPUR UMMI ...

Saturday, February 19, 2011

NASI HUJAN PANAS RIBUT TAUFAN

Dah ada lauk daging, layan la dengan nasi spesel sikit, cuti-cuti hari ni biasanya anak-anak memang buat permintaan masing-masing, maka hari ni saya masak la nasi hujan panas ribut taufan ni hehe ...
 Resepinya;
-3 cawan beras basmathi (beras biasa pun bole, cuma sukatan airnya lain sikit)
-1 cawan susu cair
-3 1/2 cawan air
-Rempah tumis (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
-1 biji bawang besar
-1 inci halia (dihiris nipis)
-daun pandan
-minyak untuk menumis / guna minyak sapi lagi sedap
-sedikit garam
-kismis secukupnya
-pewarna kuning, merah dan hijau

Cara-caranya;
-Panaskan minyak
-Masukkan bahan tumis (rempah tumis, bawang, halia, daun pandan)
-Tumis sehingga naik bau dan kekuningan
-Masukkan susu cair
-Masukkan beras
-Masukkan air
-Masukkan garam
(Masak sampai nasi masak)
Biasanya saya masak dlm rice cooker je, jd masak sehingga turun ke tanda keep warm
-Tuang 1 sudu makan pewarna kuning
-Tuang 1 sudu kecil pewarna hijau dan 1 sudu kecil pewarna merah
(Tuang pewarna di tempat yang berbeza)
-Masukkan kismis, biarkan nasi kering
-Apabila nasi sudah kering, gaul pewarna tadi rata-rata sehingga 
menghasilkan nasi yang berwarna-warni seperti di atas.

SELAMAT MENCUBA

SEMUR DAGING

Memasak lauk ni membuatkan ingatan segar terhadap keenakan air tangan arwah emak yang tercinta. Tapi, arwah suka masak daging dicampur dengan hati menggunakan resepi ni, memandangkan anak-anak semua tak pandai makan hati, saya masak daging sahaja.Jom cuba! 

 Resepinya;
-1/2 kg daging
-1 sudu makan jintan manis - dikisar
-1/2 sudu makan ketumbar - dikisar
-2 senduk cili kisar
-1 senduk kicap manis
-1 senduk sos cili
-1 inci halia - dimayang
-1 cm belacan
-3 ulas bawang putih - diketuk
-1 biji bawang besar - dimayang
-rempah tumis (kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang)
-garam, gula, dan asam secukup rasa
-minyak untuk menumis
-kentang 
Cara-caranya;
-Tumis bwg putih, bwg besar, halia dan rempah tumis
-masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak
-masukkan jintan manis dan ketumbar kisar serta belacan
-masukkan kicap dan sos cili
-masukkan daging - sebatikan
-tambah air secukupnya dan masak sehingga daging empuk
-masukkan asam, garam dan gula
-masukkan kentang 
masaklah sehingga kering

Sedap dimakan dengan nasi minyak.

APAM BETAWI (VERSI SUKA HATI)

Rasa kurang lebih cam baulu kukus, sedap dijamah tatkala minum petang, sejenis hidangan yang santai, mari cuba ...
Resepinya;
-1 1/2 cawan gula
-3 biji telur (gred A)
-1 sudu kecil esen vanilla
(Pukul semua bahan di atas sampai kembang)
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan tepung naik sendiri
(Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur di atas)
-1 sudu makan ovallette
-2 sudu makan minyak
(Masukkan dalam adunan di atas)
Putar sebati semua bahan yang telah dicampur

Bahagikan adunan kepada dua bahagian
Warnakan satu bahagian dengan warna yang disukai (saya suka pink)
Tuang adunan selang seli dalam loyang
Kukus lebih kurang 20 minit.

Thursday, February 17, 2011

DONUT

Anak-anak memang suka makan donut. Jom buat sendiri donut, bukannya susah pun ...
Bahan-bahannya-
-1 cawan air suam
-1/2 peket mauripan
-3 sudu makan gula
(larutkan semua bahan di atas)
-2 cawan tepung gandum
-1/2 cwn tepung kentang
-3 sudu makan susu tepung
-2 sudu makan shortening
-1 sudu kecil baking powder
(gaul semua bahan di atas sehingga sekata, kemudian tuang larutan yis di atas
sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut,
rehatkan adunan selama 20 - 30 minit,
canai doh menjadi bentuk donut,
rehatkan seketika, sedia untuk digoreng ...
Gunakan gula ising utk salutan gula ...
 

Wednesday, February 16, 2011

CAKUI

Ye ke Cakui? Anak-anak saya memanggilnya 'kuih kembung' ... ye ke resepinya cam ni? Orang lain tak tau la saya, tapi inilah resepi turun-temurun saya ...
Macam biasa, tengok gambar dulu ...
Bahan-bahannya:
-5 sudu makan gula
-1/2 peket mauripan (yis)
-1 cawan air suam
(larutkan semua bahan di atas)
-2 cwn tepung gandum
-secubit garam

Uli bahan2 di atas, masukkan air sedikit demi sedikit
Uli sehingga menjadi doh yang melekat-lekat di tangan
(doh lembik)
Tambah sedikit air jika adunan tidak melekat di tangan
Rehatkan adunan selama 20 - 30 minit
Canai doh (gunakan tambahan tepung gandum lain memandangkan doh sgt lembut dan melekat)
Canai doh memanjang, sapu air di permukaan atas,
tangkupkan dua lapisan
Rehatkan seketika supaya doh mengembang semula
Panaskan minyak
Ketika hendak menggorengnya pastikan doh tadi ditarik memanjang
Doh akan mengembang dengan cantiknya dalam kuali

Selamat mencuba!

IKAN KELI MASAK CEKUR

Ikan keli? Ramai yang geliiii ... saya pun sebenarnya cukup malas nak mengelola ikan keli ni, tapi bab makan mak ai sedapnya ... Tapi bila dah meningkat usia ni, pandai2 la wat sendiri. Kali ni saya nak perkenalkan ikan keli masak cekur ... masakan tradisional orang jawa (en. somi org jawa Selangor). Jom, layan resepi yang saya dah ubahsuai sikit ni ...
 Ni gambar bahan2 asasnya:
 -1 biji bawang besar
-cili api (mengikut pedas yg disukai)
-ubi cekur (yg warna putih tu)
-kunyit hidup
-daun cekur
(kisar semua bahan kecuali daun cekur diricih halus2)
-semangkuk santan

Cara membuatnya;
-Goreng ikan keli terlebih dahulu (goreng sekali dengan asam keping supaya tak meletup)
Kalau rajin, bakar lagi sedap!
-Masukkan bahan kisar dalam periuk
(Masak dengan api perlahan)
-Masukkan santan
-Masukkan ikan keli yg siap digoreng tadi
-Masukkan garam, perasa, dan sedikit asam keping
-Masukkan daun cekur yg sudah diricih halus tadi
-Masak hingga pekat (kalau suka berkuah, tak perlu masak sampai pekat)
Jom, makan ...
Lagi pedas lagi sedappp ...

Tuesday, February 15, 2011

HOMEMADE PIZZA

Kadang-kadang, kita jemu makan nasi, teringin nak makan pizza. Beli pizza alahai ... banyak yg dibuang daripada dimakan, apa taknya, bawang pun dibuang dek anak-anak. Sebab tu saya selalu buat pizza sendiri dengan topping yang memang disukai anak-anak saya ... Macam ni la rupanya ...
 Resepi doh;
-500g tepung roti (high protein)
-70g butter
-1 biji telur
-4 sudu makan susu tepung
-80g gula
-1/2 sudu kecil garam halus
-200ml air
-11g yis kering  -  mauripan (1 packet)
(Uli semua bahan di atas sehingga menjadi doh yg lembut,
biasanya saya uli guna mixer)
Bahagikan doh kepada 4 bahagian sama saiz
Biarkan lebih kurang 30 - 40 minit utk doh mengembang

Topping:
-Isi ayam secukupnya
-2 biji cili capsicum hijau
-sedikit lada hitam
-bawang putih dan merah utk menumis
-garam secukup rasa
(Tumis bahan di atas sehingga masak)

-Canai doh, masukkan dalam loyang / dulang pembakar
-Cucuk doh dengan garfu
-Ratakan tomato puree di atas doh
-Taburkan inti ayam
-Taburkan keju secukupnya

Masukkan dalam oven, bakar api atas bawah 180 C, lebih kurang 20 minit.
Dah siap ... jom makan!

 

UDANG SALUT TEPUNG

Aha ... ini satu lagi resepi yang saya kumpul ketika menjadi perantau di bumi Limbang, Sarawak. Resepi ini saya peroleh daripada Kak Maznah yang merupakan jiran depan rumah sewa saya di sana. Beliau selalu memasaknya ketika hari raya, bersama dengan daging masak hitam, masak lemak limbang, dan nasi minyak yang enak ... selalunya, saya tolong beliau menggoreng udang ni di dapurnya ...
Resepinya;
-2 sudu makan tepung gandum
-2 sudu makan tepung ubi
-1 sudu kecil baking powder
-1 biji telur
-3 sudu makan minyak masak
-garam secukup rasa
-sedikit lada sulah

(gaul semua bahan di atas sehingga sebati)

-Sediakan udang secukupnya
(Pastikan udang telah dibuang kulit dari bahagian tengah hingga kepala,
kulit di bahagian ekor jangan dibuang)
-Panaskan minyak untuk menggoreng
-Celup bahagian kepala udang ke dalam tepung, kemudian goreng
(udang hendaklah dicelup sedikit demi sedikit supaya tidak melekat)
Haa ... dah siap pun ... mudah saja ...

 

Monday, February 14, 2011

MURTABAK SEGERA

Murtabak segera ni resepi yang mudah disediakan. Selain rasanya enak, murtabak ni mengenyangkan. Jom masak ...
Resepinya;
Inti : (sama cam inti karipap)
-3 biji kentang (dipotong memanjang - halus2)
-Bawang besar dimayang
-2 ulas bwang putih diketuk
-2 sudu rempah kari
-isi ayam / daging 
-2 biji telur
-daun sup secukupnya
-garam, gula secukup rasa
-minyak untuk menumis
Cara2nya:
-Tumis bwg putih sampai kekuningan, masukkan rempah kari, isi ayam - kacau sampai pecah minyak 
-Masukkan kentang, tambahkan air yang cukup sehingga kentang empuk
-Masukkan garam dan gula secukupnya
-Masak sehingga inti kering.

-Masukkan inti dalam mangkuk
-Masukkan bawang besar yang dimayang
-Masukkan daun sup
-Pecahkan dua biji telur
(gaul semua bahan sampai sekata)
Sediakan kulit popia (saiz besar)
Masukkan inti dalam kulit popia - lipat kulit popia sampai jadi bentuk murtabak
Panaskan kuali non-stick
Masukkan murtabak yang siap dibungkus dalam kuali
(gunakan minyak sedikit sahaja)

SELAMAT MENCUBA

Sunday, February 13, 2011

RENDANG AYAM (VERSI CAMPAK-CAMPAK)

Versi campak-campak ... hehe sebab ni rendang nak cepat siap, tak perlu rempah, tak pakai kerisik, senang je ... tapi rasanya tak kurang mabelesnyeee ... Saya selalu buat untuk sarapan pagi, makan dengan nasi impit atau pulut kukus ... jom layannn ...

RESEPINYA;
-1/2 ekor ayam
-cili kering kisar (ikut kadar kepedasan yg disukai)
-1 inci lengkuas (dikisar)
-1 labu bawang besar (dikisar)
-2 batang serai (diketuk)
-santan (1/2 biji kelapa)
-daun limau purut secukupnya
-3 ulas bawang putih (diketuk)
 -Air asam, garam, gula (sesedap rasa)

CARA MEMBUATNYA:
-Tumis bawang putih sehingga naik bau
-Masukkan cili kisar, lengkuas dan bawang kisar (masak hingga pecah minyak)
-Masukkan ayam (kacau rata) tambahkan sedikit air supaya ayam empuk
-Masukkan serai
-Tuang santan
-Apabila mula mendidih, masukkan asam, garam, dan gula secukupnya
-Masak sampai pekat, aha ... jgn lupa masukkan juga daun limau purut 
-Rendang dah siap, sedia untuk dinikmati ... 

 

KEK MARBLE PISANG

Pisang ... rasanya enak, dan macam2 resepi boleh terhasil berasaskan pisang, yang moden, yang tradisional ... macam2 boleh buat dengan pisang. Makan macam tu aja pun sodapppp ... Kali ini saya mempersembahkan resepi kek marble pisang ... moden kontemporari ...
Resepinya;
-6 biji telur
-1 1/2 cwn gula halus
-3 cwn tepung gandum
-2 sudu kecil bikarbonat soda
-2 cwn pisang lecek
-1/2 sudu teh esen pisang
-1 cwn minyak


Cara membuatnya;
-Pukul telur dengan gula sampai kembang
-Masukkan tepung yg diayak dengan soda sedikit2 selang seli dengan pisang (gaul dengan senduk)
-Masukkan minyak - gaul sebati
-Masukkan esen pisang
-Griskan loyang, tuang adunan ke dlm loyang, bakar suhu 175 C sampai masak (40 - 50min)


SELAMAT MENCUBA
 

Saturday, February 12, 2011

KEK KAREMEL

Jom belajar buat kek karemel ... kalau beli harganya lingkungan RM25 - RM30, jom buat sndiri ...Saya tunjuk step by step ...

 2 sudu makan gula pasir, ditabur sekata dalam loyang.
Letak loyang atas dapur dgn api perlahan sehingga gula hancur dan keperangan.
Macam ni haaa ...
Adunan seterusnya;
-1/2 tin susu cair, 70g gula kastor, 1/2 sudu teh esen vanilla, 3 biji kuning telur
(Sebatikan adunan perlahan2, jgn dipukul, dan x boleh berbuih)
Tuang adunan dalam loyang gula hangus tadi, macam ni ...
Adunan kek;
-3 biji kuning telur, 70g gula kastor, 140g tpg gandum, 1 sudu kecil baking powder,
135ml air, 45ml minyak masak
(Pukul adunan sampai kembang)

6 biji putih telur, 70g gula kastor, 1 sudu kecil krim tartar
(Pukul spai jd meringue)
Campurkan adunan kek dengan meringue, gaul sebati menggunakan senduk
-Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang disukai (boleh masukkan
paste yang disukai)
Kali ni saya buat tiga warna je, merah, hijau, dan kuning
saya letak paste oren pd warna kuning tuuu ...
 Tuang adunan berwarna dalam loyang, tuang warna selang seli.
Hasilnya ...
Lorekkan di bahagian atas sekali macam ni ... bakar double boil dgn suhu 160-180,
selama 1 jam.
Bila dah masak, rehatkan 10 minit, telangkupkan loyang, dapatla macam ni ...
Inilah hasilnya, kek yang dah siap dipotong, sedia untuk dihidang ... sedap dimakan apabila dah disejukkan ...

TAT KASTAD

Kuih ini namanya tat telur / tat kastad, tapi anak2 saya sampai sekarang menggelarnya 'kuih mamak' ... Sebab apa? Dengan tulusnya, saya mempelajari resepi dan cara-cara membuatnya daripada Kak Sinah, Kg Nauran, Limbang, Sarawak ... beliau merupakan pengasuh anak-anak saya, dan anak2 saya memanggilnya 'mamak' (mama). Justeru, setiap kali saya membuat kuih ini, ingatan kami akan menjurus kepada beliau. Sesungguhnya, terima kasih saya yang tidak terhingga ... saya dedikasikan resepi ini untuk tatapan bersama ...


Resepinya;
-500g tepung gandum
-Margerin secukupnya
(gaul sebati tepung dan margerin sehingga menjadi doh yang lembut, masukkan doh dalam acuan tart)

Filling;
-1 cwn susu pekat manis
-1 cwn susu cair
-1 cwn air
-1 biji telur
-3 sudu makan tepung kastad
-sedikit pewarna kuning
-esen vanilla
(campur semua bahan, sebatikan, masak atas api perlahan sehingga hampir pekat. Tutup api, kemudian masukkan inti ini dalam doh di atas, bakar api bawah 15 minit suhu 200 C)
Setelah masak, keluarkan dari acuan, masukkan dalam papercup ... sedappp dan mudahhh ...

APAM BALIK (RESEPI TURUN-TEMURUN)

Resepinya :
-1 biji telur
-1/2 cawan gula
(pukul sampai kembang)
-2 cawan tepung gandum
-1 1/2 cawan air
-1 sudu soda bikarbonat 
(masukkan dlm adunan telur dan gula, pukul sampai kembang)


Filling;
-kacang tanah kisar
-sedikit gula pasir
-jagung


Sedia utk dihidang ...tadaaaa

Saturday, February 5, 2011

KEK LAPIS TEMBIKAI



Resepinya :
Bahan-bahannya :
-500g mentega
-150g gula halus
-250g tepung hong kong
-10 biji telur
-1 sudu makan ovallette
-10 sudu makan susu pekat manis
-100g horlicks
-50g kaya
-1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:
-Pukul mentega dan gula  (hingga menjadi putih dan kembang)
-Masukkan telur satu persatu
-Masukkan esen, susu, ovallette - gaul sebati
-Masukkan horlicks, kaya, dan tepung hong kong
-Bahagikan kepada warna merah, hijau, warna coklat, dan warna asal kek
-Lapisan pertama warna hijau, bakar gunakan api atas dan bawah
-Lapisan kedua warna hijau, bakar dgn api atas sahaja, diikuti dua lapisan warna asal kek,
 seterusnya warna merah.
-Setiap lapisan yang sudah masak mesti ditekan bagi menghilangkan gelembung udara ..
-Warna coklat perlu dipaipkan secara berjalur bagi lapisan warna merah .
-Setelah selesai semua lapisan, bakar kek menggunakan api atas bawah dlm tempoh 10 minit lagi.